APLIKASI WALLET : MONITOR PERBELANJAAN ANDA

TIPS MONITOR KEWANGAN SUAMI ISTERI
.
Tips ni mudah sangat. Asalnya daripada idea kawan-kawan dalam #simplylovely untuk wujudkan satu group whatsapp yang ada suami dan isteri. Takde orang ketiga tau. Nehi nehi.
.
Tapi menjadi masalah untuk saya yang cepat serabut. Memang setiap hari update perbelanjaan, tapi hujung bulan kena kira manual?
.
Sooo not me untuk buat double work. 😅 Jadi satu hari diambil untuk godek-godek the best apps yang boleh monitor pergerakan kewangan for both suami yang kacak dan isteri yang cantik.
.
Tak semua apps boleh update kewangan secara real time. Means kita update dalam apps dan boleh tengok secara online atau dari device lain, kebanyakannya dia duduk dalam apps je la. Thats it.
.
Jadi saya cari yang boleh login menggunakan google account, dan saya jumpa 2 apps ni yang bagi saya best.
.
MONEY LOVER dan OUR BUDGET
.
MONEY LOVER
Free atau berbayar. Berbayar lebih banyak function, boleh export dalam bentuk excel dan takde iklan. 😁 Cara dia, suami dan isteri kene login guna 1 google account yang sama. Ala takpe la bukan ada rahsia pun. Hihi. Apa sahaja yang suami update dalam perbelanjaan, si isteri boleh tengok a.s.a.p. Boleh masukkan gaji dapat berapa dan perbelanjaan berapa. Hujung bulan boleh tengok baki positif ke negatif 😎
.
OUR BUDGET
Free untuk android device. Yang ini kita boleh add 2nd user. Means isteri yang cantik pakai email lain, suami yang cantik pakai email lain. Tapi saya tak pakai yang ni sebab macam ada bug bila husband kacak update si isteri cantik ni tak nampak update nya. Maaaana boleh. Nanti dia spend untuk orang lain ha kita tak tau 🤣
.
Mungkin kalian ada apps lain yang lebih best. Cuba buka playstore / applestore masing-masing dan mulakan misi sekarang. Yang penting boleh login dengan email yang sama atau boleh add user untuk wallet yang sama
.
Saya pakai paid apps MONEY LOVER sebab dia macam mengiurkan sebab diiklankan sebagai BEST APPS. MamaJ mmg suka yang THE BEST kononnya (mudah terpengaruh) 😂
.
Dah berjaya? Share kat komen tau
.
Regards,
Maryam Jamilah
#mamaJ #TheBlossoMama
Founder of #mJovial
Website : http://www.mjovial.com
Shop : http://shop.mjovial.com
Whatsapp : www.wasap.my/60129311699