BERAPA KALI HUSBAND PELUK ANDA?

BOLEH KIRA DENGAN JARI BERAPA KALI HUSBAND PELUK SAYA?

Ada tak yang dah jijik nak peluk-peluk pasangan. Katanya geli sebab masing-masing dah tua. Buang tebiat??

Tahu tak anda? Bila berpelukan, love hormone akan muncul? Love hormone ni yang tolong datangkan perasaan gembira dan motivated.

Awal-awal nikah dulu rasa bahagia memanjang. Pergi toilet pun dah rindu. Eh?

Sekarang bila ada anak, jarang sekali husband nak datang peluk. Maklum la pakai baju kelawar je. Rambut macam mak lampir 😁

Jom kita cuba peluk pasangan pada 4 masa berikut...

1. Peluk ketika bangun pagi
2. Peluk sebelum pergi kerja
3. Peluk selepas balik kerja
4. Peluk sebelum tidur

Hikmah sungguh manusia diciptakan berpasangan kan? Supaya kita beroleh ketenangan dan kebahagiaan.

Notakaki : husband saya peluk saya setiap pagi sebelum pergi office. Nampaknya kurang 3 kali lagi la berpelukan. Baru datang dekat anak-anak dah jealous. Haha.

==========

Sebarang pertanyaan boleh letak diruang komen. Jangan lupa kongsikan maklumat ini untuk sahabat yang masih belum tahu.

Follow Maryam Jamilah sekarang dan set SEE FIRST untuk saya kongsikan banyak lagi info menarik health dan parenting

❤️
Maryam Jamilah
www.mjovial.com
#TheBlossoMama
#nota_puan_pharmacist 16
#PharmacistAnda
#esCloverBold