KENALI SKINCARE ANDA - SKIN PATCH TEST

ALLERGIC TERHADAP RANGKAIAN SKINCARE ANDA?

"Ish. beli mahal skincare ni lepas tu tak sesuai dengan kulit muka pulak. Ni semua salah seller sebab bagitau skincare ni sesuai untuk semua jenis kulit tapi sebenarnya indah khabar dari rupa"

Pernah tak terfikir sedemikan?

Bertenang.

Kebanyakan skincare sesuai untuk semua jenis kulit, kulit berminyak, kulit kering, dan kulit kombinasi. Namun harus diketahui bahawa cara pemakaian skincare yang sama untuk setiap jenis kulit adalah berbeza

Sebagai contoh

Clay mask, sifatnya mengeringkan. Maka sangat sesuai untuk kulit berminyak. Namun boleh juga digunakan oleh mereka yang berkulit kering dengan cara bancuhan dengan madu dan biarkan untuk masa lebih singkat.

Ok lah. cara pemakaian nanti kita share dalam post yang lain

Sekarang saya nak share macam mana nak check samada anda alah terhadap mana-mana bahan di dalam rangkaian skincare anda


1. BERSIHKAN KAWASAN KULIT YANG HENDAK DIUJI

Tiga (3) bahagian kulit yang sesuai untuk membuat ujian alahan adalah bahagian dalam pergelangan tangan, bahagian dalam pelipat siku dan di bahagian belakang telinga. kenapa? kerana kulit di bahagian tersebut nipis seperti kulit muka anda dan reaksi alahan dapat dilihat dengan segera jika ada.


2. TITIS ATAU SAPU BAHAN YANG HENDAK DIUJI

Mary jardin ada 4 jenis produk dan setiap darinya memiliki tekstur yang berbeza. Boleh juga diaplikasi untuk produk-produk lain mengikut jenis produk yang saya nyatakan berikut
- FACE OIL : titiskan 1 ke 2 titis dan sapu sehingga meresap ke dalam kulit
- SERUM : 1 picit dan sapu sehingga meresap ke dalam kulit
- SABUN : basahkan dan sapu hingga berbuih kemudian usap hingga meresap
- CLAY MASK : bancuh sedikit, calit nipis pada kuĺit dan biar sehingga kering


3. BIARKAN SELAMA 12 HINGGA 24 JAM

Produk yang disapu pada kulit hendaklah dibiarkan selama 12 hingga 24 jam atau maksima 48 jam. Sekiranya anda merasakan agak sukar untuk bertahan sehingga 12 jam, anda boleh apply pada waktu malam, dan biar sehingga keesokan pagi.


4. PERIKSA SEBARANG TINDAK BALAS ALLERGI

Contoh tindak balas allergi adalah ruam, kulit kemerahan, panas, pedih, gatal, melepuh dan seumpama dengannya. Sekiranya ini berlaku, sila hentikan penggunaan produk tersebut dan segera dapatkan rawatan doktor.


Tindak balas allergi bermaksud anda alah terhadap mana-mana bahan yang terkandung di dalam skincare anda. Itu tidak bermaksud skincare tersebut tidak bagus, tetapi ia tidak sesuai untuk anda. Tinggalkan dan cari skincare yang lain.

Anda rasa artikel ini bermanfaat?

Like dan sebarkan untuk kebaikan bersama :)