KENALI SKINCARE ANDA - SPF

APA ITU SPF? BOLEH JADI CANTIK KE PAKAI SPF?

"Eh kena beli serum ni sebab dia ada SPF 30. Konfem tak sunburn kalau melepak-lepak di bawah sinaran mentari di tepian pantai"

Dialog standard orang perempuan. Ada SPF mesti jadi cantik tak sunburn. Sebenarnya kalian semua tahu apa itu SPF?

Jom baca info yang diringkaskan di bawah.

INFO 1
Sinaran matahari mengandungi 3 jenis sinaran:
UVA (Kedutan, penuaan, kanser kulit, kerosakan mata)
UVB (penuaan, kanser kulit, kerosakan mata, sunburn, jeragat (menggalakkan penghasilan melanocyte mengakibatkan jeragat nampak lebih ketara))
UVC (dihalang lapisan ozon)

INFO 2
SPF adalah singkatan Sun Protectif Factor. Maksudnya gandaan untuk seseorang itu tidak sunburn (akibat UVB) di bawah cahaya matahari. Contoh MamaJ tak pakai sunscreen, 10 minit dah sunburn. Kalau pakai SPF30, 30X10 minit bermaksud 300 minit tak sunburn.

INFO 3
Ingatkan sentiasa dilindungi lepas pakai. 300 minit je? lepas tu? Ha lepas 300 minit tu kena reapply balik la sunscreen awak. Tapi kalau awak kerja dalam aircond, tak kena matahari, takpe tak payah reapply.

INFO 4
Semakin tinggi SPF semakin tinggi peratus perlindungan kulit terhadap sinaran UVB. Contoh SPF 15 melindungi 1 per 15 sinaran UVB bersamaan 93%. SPF 30 melindungi 1 per 30 sinaran UVB bersamaan 97% dan seterusnya. Tetapi SPF tidak dapat melindungi 100% sinaran UVB.

INFO 5
Kebolehan sesuatu produk menghalang sinaran UVA adalah melalui PA+ (makin banyak simbol + making tinggi kebolehan menghalang sinaran UVA). Jadi kuranglah risiko untuk dapat kedutan di wajah 😘

INFO 6
Produk yang ada PA+ disamping SPF adalah terbaik. Tetapi untuk kulit wajah terutama yang bekerja dalam ofis sahaja, SPF sahaja pun dah cukup. Yang bekerja di bawah cahaya matahari tu, tambah-tambah dengan bedak dan sunscreen ya. 🤗 jangan lupa pakai topi~

Sekarang dah jelas tentang SPF? Dah boleh la cari produk yang ada SPF. #Serummaryjardin pun ada SPF30. Kalau nak cuba mari contact #mamaJ okay

Jemput LIKE DAN SHARE sekiranya info ini berguna untuk kebaikan bersama especially kaum wanita. Jom sama-sama cantik

*Nukilan team Millionaire Jovial Legacy
**Dilarang keras copy dan paste.

#mamaJmelawa